DASAR Kebudayaan Negara (Daken) yang dilancarkan minggu lalu merupakan sebuah dasar atau hala tuju pembangunan seni, budaya dan warisan negara yang komprehensif dan inklusif kepada semua kaum. Malah dasar ini dilihat sangat realistik kerana mengemukakan pelan tindakan untuk menzahirkan Daken sebagai rujukan penting kebudayaan. Dasar ini dengan jelas menjadi panduan untuk menjadikan kebudayaan (merangkumi seni, budaya dan warisan) sebagai pemangkin perpaduan, jati diri dan sumber ekonomi negara yang berdaya saing.…










