SUDAH tiba masanya Malaysia mempraktikkan politik ilmu , bukannya ‘politik ampu’. Politik hikmah, bukannya politik fitnah. Dan politik bakti, bukan pula politik undi. Nah! kalau begitu sudah datangnya hajat murni itu ayuh sahaja jadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November depan gelanggang permulaannya. Kata orang gelanggang ini ada Si Kitol dan Raja Mendeliarnya. Tidak kurang kelibat Hang Tuah dan Hang Jebat, dengan Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturinya. Ketika gelanggang pilihan raya mega akan dibuka tidak beberapa lama lagi, Melaka inilah akan menjadi teladan kepada antara yang hak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya