PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) adalah salah satu pemegang taruh kepada masyarakat. Pertubuhan-pertubuhan ini mengisi suatu kelompangan dalam masyarakat dan menyempurnakan keperluan masyarakat tersebut. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, pertubuhan sebegini mempunyai tempat dalam masyarakat. Malah terdapat juga pertubuhan yang diiktiraf di peringkat dunia dalam membawa suara atau kepentingan masyarakat yang diwakili. Di Malaysia, tiada satu akta khusus yang mengendalikan perjalanan pertubuhan. Pertubuhan…










