HADIS riwayat Ahmad dan al-Bukhari merekodkan, daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mewakafkan kuda di jalan Allah dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka sesungguhnya makannya, tahinya dan kencingnya menjadi amal kebaikan pada timbangan di hari kiamat.” Ini menggambarkan besarnya peranan dan elemen wakaf dalam kehidupan manusia sehingga Allah memberikan janji sedemikian ganjaran kepada mereka yang memberikan harta masing-masing buat manfaat masyarakat umum. Wakaf dalam takrifan umum masyarakat…










