SUDAH dua tahun rasanya anak-anak dilarang bermain di luar rumah penangan pandemik Covid-19. Walaupun di tempat saya tinggal ada kes positif Covid-19, namun tidak begitu serius hingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu dilaksanakan. Aktiviti anak-anak saya berkisar dalam rumah, iaitu mengikuti kelas Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR), menonton TV dan bergurau sesama adik-beradik dan nenek mereka. Anak-anak yang suka bersukan dan aktif dalam acara balapan semasa di bangku sekolah kini sakan bermain permainan video. Ketakutan terhadap pandemik Covid-19 sememangnya mengehadkan pergerakan bukan sahaja anak-anak bersama rakan-rakan mereka, malah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya