POLITIKING sesama parti politik Melayu tidak membawa bangsa ini ke mana-mana melainkan menuju jurang perpecahan. Begitu teruknya politik kita – selepas patah kaki, kita bersusah-payah bertongkat dengan sayap. Selepas patah sayap, kita akhirnya terpaksa bertongkat paruh. Apabila kita sudah bertongkat paruh, ketika itu nasi sudah menjadi bubur dan menangis tidak berlagu. Pelik, kenapa kita berpolitiking sehingga sanggup bertongkat paruh walhal patah kaki pun sepatutnya dihindarkan? Kita mati-matian berpolitik sedangkan diri…