MEMASANG lagu-lagu Melayu di ceruk dapur saya malam kelmarin, tetiba terpacul lagu Serba Salah, dendangan penyanyi klasik, Allahyarham R. Azmi (1923-1974). Lirik lagunya bikin geli hati sahaja. Kisah rumah tangga suami isteri. Tapi kalau diubah suai, boleh sahaja menyanyikan bersama melodi lagunya. Macam keserabutan politik Melayu hari ini lah yang seolah-olah tidak ambil peduli akan gelora geo-politik di luar sana yang dekat dengan kita, Laut China Selatan. Seolah-olah begitu. Kelihatannya…










