MENTALITI massa yang berduyun-duyun sama ada menyokong atau membantah sesuatu tanpa pemerhatian yang mendalam adalah penyakit yang memporak-perandakan masyarakat. Bagaimanapun, ini bukanlah penyakit baharu malah sudah lama bertapak dalam masyarakat termasuk orang Melayu. Pada zaman moden ini, media sosial menjadi pemangkin sikap melulu itu menjadi semakin parah. Kelompok yang berduyun-duyun ini semakin besar jumlahnya disebabkan jaringan media sosial yang rentas negeri, negara dan garis diplomatik. Rabu lalu, tiga media sosial…










