EKOSISTEM masyarakat Islam memerlukan penganutnya bukan sahaja mambaca dan menghafaz al-Quran, bahkan lebih utama memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Idealisme ini dicernakan melalui penubuhan banyak pusat tahfiz al-Quran sama ada dikendalikan oleh kerajaaan, orang perseorangan, institusi-institusi pendidikan swasta dalam dan juga luar negara. Dianggarkan terdapat kira-kira 1,400 hingga 1,600 pusat tahfiz berselerak di seluruh negara berdasarkan maklumat dari dua persatuan tahfiz di Malaysia iaitu Gabungan Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran…










