SAYA ingin mengulas cadangan penggubalan akta antilompat parti memandangkan isu ini kembali hangat dibangkitkan. Apa maksud undang-undang antilompat parti? Ia merujuk kepada satu undang-undang di mana seorang wakil rakyat ditegah atau dilarang meninggalkan partinya untuk melompat ke parti lain. Undang-undang ini menghalang wakil rakyat, bukan ahli politik biasa. Matlamat utama adalah menghalang wakil rakyat di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) meninggalkan parti asalnya untuk menyertai parti lain sama…










