SEKARANG tahun 2021. Bukan ‘zaman batu’ lagi. Bila masih ada satu dua akhbar arus perdana diketepikan daripada membuat liputan secara fizikal di Parlimen, saya tersentak. Mengapa berpilih-pilih. Yang menghairankan, portal berita yang baru setahun jagung, entah tidak ketahuan ‘tingkat pageviewnya’ seperti dibangkitkan sahabat saya, Ismail Daud, tiba-tiba pula muncul mendapat tempat. Apa kriterianya? Apa tanda aras pemilihan media tertentu buat liputan sidang Dewan Rakyat? Utusan Malaysia dan New Straits Times …










