SABTU lalu, media menyiarkan hasrat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengehadkan warga emas memandu kereta. Laporan media itu memetik Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias sebagai berkata, PDRM mahu mencadangkan perkara itu kepada kerajaan susulan faktor usia antara penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Penyakit-penyakit seperti alzheimer dan masalah mata sering dihadapi warga emas. Tegas Azisman lagi, warga emas perlu dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor dan mendapat surat pengesahan bahawa mereka sihat untuk memandu. Sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji semula prosedur pengeluaran lesen memandu kepada golongan ini. Mengulas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya