KEPUTUSAN kerajaan menubuhkan sebuah kementerian khusus bagi mengatur, mengurus dan memajukan hal-hal berkaitan pengajian tinggi dan universiti adalah wajar dan sangat tepat. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berperanan besar memajukan dan memastikan apa yang berlaku dalam sistem pengajian tinggi bermula daripada falsafah asas, pentadbiran utama, pelaksanaan dasar dan seumpamanya selaras perkembangan semasa. Tetapi ini tidaklah pula bermakna falsafah asas universiti yang tradisinya dibuang dan prinsip kebebasan akademik diketepikan. KPT tidak boleh…










