BEBERAPA jam selepas pengumuman barisan menteri Kabinet baru-baru ini, seorang kawan lama di Perlis menghantar mesej berbunyi: “Orang Perlis dah pi jaga Kuala Lumpur.” ‘Orang Perlis’ yang dimaksudkan ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim. Wilayah Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Walaupun hanya tiga wilayah tetapi dua daripadanya, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah jantung negara ini. Pusat ekonomi utama berada di Kuala Lumpur dan pentadbiran Kerajaan Persekutuan…










