fbpx

18 September 2021, 10:20 pm

  TERKINI

Tindakan tegas halang penjawat awam bertugas

RONNIE Liu (dua dari kiri) ketika di pekarangan Mahkamah Raub semasa proses mendapatkan perintah tahanan reman 18 individu dipercayai pekebun haram yang menanam Musang King di Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub, Pahang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU orang kenamaan memperlekehkan pihak berkuasa bukanlah perkara baharu, malah sering berlaku. Lihat sahaja video tular membabitkan  Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu yang bertengkar dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas beliau dan beberapa pemimpin politik diminta  keluar dari kawasan Mahkamah Raub selepas individu yang direman dibawa keluar.

Perlu difahami, anggota penguatkuasa melakukan sesuatu tugasan setelah mendapat arahan daripada pihak atasan. Hadirnya di sesuatu tempat adalah untuk menjaga keamanan dan mengawal situasi yang mungkin terjadi. 

Sebagai seorang kenamaan, sepatutnya mereka lebih peka dan hormat dengan tugasan anggota penguatkuasa serta perlu memberi contoh yang baik kepada rakyat. 

Saya berharap pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perkara sama berulang. Ini kerana tindakan itu dianggap bersalah kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 

ABDUL AZIZ ALI, Ipoh, Perak.

BERITA BERKAITAN