Hujung minggu itu aku bersama keluarga pergi melawat seorang makcik yang tinggal di satu daerah di utara, Perak. Kebetulan pula makcik aku baru sahaja kematian suami setelah hampir setahun arwah menderita dengan pelbagai penyakit kronik. Hampir setengah hari juga kami sekeluarga menghabiskan masa di rumahnya. Dan sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah ke tanah perkuburan kerana di samping ziarah pusara arwah dapat jugalah kami sedekahkan bacaan yasin untuknya. Tanah…










