fbpx

Selesaikan dahulu kesusahan rakyat

PETUGAS perubatan menyediakan vaksin di salah satu Pusat Pemberian Vaksin Pandu Lalu baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Saya amat berharap ahli-ahli Parlimen yang akan bersidang selama lima hari bermula 26 Julai ini dapat membawa dan membahaskan perkara-perkara untuk meningkatkan kapasiti suntikan vaksin Covid-19 kepada rakyat supaya lebih menyeluruh.

Saya mencadangkan kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya
dijadikan lokasi suntikan vaksin secara pandu lalu.

Selain itu, skuad ronda vaksin dari rumah ke rumah diwujudkan khusus kepada golongan uzur, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, disarankan keutamaan diberikan kepada pembukaan sektor ekonomi agar lebih teratur.

Ini termasuk memberi insentif kepada rangkaian ekonomi agar rakyat tidak menjadi mangsa. Contohnya, memastikan dan menggunakan akta serta undang-undang sedia ada untuk melindungi rakyat dalam urusan sewa kedai.

Penyewa pula hendaklah memberi insentif atau diskaun kepada pekedai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar beban dapat ditanggung bersama. Pemilik gedung juga terlibat dan mendapat insentif pengurangan cukai korporat atau perniagaan.

Dari segi pendidikan, diharapkan lebih sistematik bersama segala kemudahan pembelajaran lebih menyeluruh menggunakan tenaga pengajar dan peralatan lebih wibawa. Contohnya, peralatan pembelajaran lebih berkualiti dan relevan.

Diharapkan wakil-wakil rakyat termasuk ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri tidak menjadi ‘badut’ nanti dan fokus kepada isu menyelesaikan kesusahan rakyat.

Rakyat menuntut anda semua menjadi wakil rakyat sejati, berwibawa dan berkredibiliti.

HANG NADIM
Kuala Lumpur

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN