Politik bukan jalan penyelesaian - Utusan Malaysia

Politik bukan jalan penyelesaian

Kenderaan yang dipercayai membawa menteri keluar dari kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu. - UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand telah mula berbincang cara membuka ekonomi terutamanya di sektor pelancongan.

Kita di Malaysia masih mencari-cari cara bagaimana hendak menyelesaikan masalah pandemik Covid-19 ini.

Kematian semakin hari semakin bertambah. Jangkitan baharu tidak menunjukkan penurunan malah sudah mencecah lebih 9,000 orang sehari.

Baru-baru ini, diumumkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri baharu dan menteri kanan dengan tujuan mengukuhkan usaha menangani masalah negara terutamanya Covid-19.

Sebaliknya telah menjemput krisis politik apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan sokongan oleh parti itu kepada pentadbiran kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada masa sama, ada pula mengambil kesempatan mengatur kedudukan dengan harapan dapat menjadi Perdana Menteri ataupun mengambil alih kerajaan.

Sudah tentu ahli politik ini semua akan sibuk dengan percaturan kerana kedudukan masing-masing ada yang tergugat dan ada juga yang membuka peluang.

Jelas di sini, apa-apa tindakan politik tidak membantu dalam menangani krisis negara sekarang.

Seperti umum tahu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) telan mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diasingkan daripada unsur politik sebagai cara terbaik untuk mengatasi krisis negara yang semakin teruk.

Seperti disarankan Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenapa mahu tunggu hingga 26 Julai ini baru Parlimen boleh bersidang?

Rakyat hilang nyawa setiap hari. Masalah ini perlu disegerakan. Buka Parlimen supaya usul penubuhan MPN boleh dibincangkan dan diluluskan.

AZMAN MOHD. HASHIM
Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.