Kedudukan vaksin terutama AstraZeneca (AZ) terus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat kebelakangan ini. Malah ada siaran amaran Menteri Kesihatan tentang kesan-kesan sampingan yang wajar diatasi dan dilaporkan jika berlaku kepada siapa sahaja yang telah mendapat suntikan tersebut. Ini agak membimbangkan ramai yang rata-rata digalakkan menempah suntikan AZ baru-baru ini dan proses mendapatkannya sedang rancak di seluruh negara. Di samping itu, kerajaan juga dilaporkan akan mendesak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)…