APA yang dikongsikan ini hanya satu daripada ribuan tulisan tentang Covid-19 – musuh senyap membawa virus maut yang sedia menyerang bila-bila masa khususnya ketika manusia alpa. Pengalaman berdepan serangan ‘halimunan’ ini memberi peluang kepada saya melihat gambaran dari sudut lebih jelas dan nyata apa dikatakan tentang perjuangan menentang koronavirus. Bukan cerita pengorbanan besar petugas barisan hadapan atau kisah getir pesakit, saya mahu menyentuh kehadiran orang sekeliling yang secara diam memainkan…










