Jajaran politik baharu demi rakyat - Utusan Malaysia

Jajaran politik baharu demi rakyat

.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUFARAQAH antara Pas dan UMNO sedikit pun tidak menggemparkan arena politik negara. Tidak keterlaluan dikatakan kerjasama kedua-dua parti itu sekadar retorik politik dengan menjaja nama orang Melayu.

Di sisi lain pula, terdengar desas-desus kononnya akan berlaku jajaran politik baharu membabitkan kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan (PH).

Jajaran politik baharu tersebut melibatkan sama DAP tidak mustahil dan boleh direalisasikan sekiranya fokus kedua-dua parti adalah untuk kepentingan rakyat dan menyelamatkan ekonomi negara.

Antara alasan perlunya jajaran politik baharu disebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat gagal serta terlalu lemah. Pada masa sama, barisan menteri Kabinet kurang proaktif terutama sepanjang pandemik Covid-19.

Orang Melayu usah lagi berfikiran sempit dalam melihat politik negara pada zaman ini. Mereka memerlukan pemikiran dalam kerangka di luar kotak.

Segala-galanya terserah kepada kebijaksanaan pemimpin UMNO sama ada bersedia untuk menerima jajaran politik baharu atau lebih rela membiarkan rakyat terus hidup dalam ketakutan bukan sahaja ekoran Covid19, bahkan akan terus dihimpit keperitan untuk meneruskan kehidupan.

Jika dilihat pada kondisi dan tempat yang paling selamat UMNO berpaut adalah dengan membentuk jajaran politik baharu. Bukan lagi masanya untuk pemimpin UMNO bersikap tunggu dan lihat sekiranya mahu dilihat sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat.

UMNO juga harus menebus dosa-dosa dan kesilapan lalu. Sikap pemimpin UMNO menjadi salah satu punca ketidakstabilan politik yang berlaku pada hari ini.

Dalam keadaan sekarang, negara memerlukan kestabilan politik dan ia merupakan kunci dalam menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya