BERITA pemergian Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria ke rahmatullah bukan sahaja mengejutkan negara malah diri saya sendiri yang amat dekat dengan tokoh ulama itu menerusi persahabatan akrab arwah dengan Allahyarham bapa saya yang dipanggil Babah, Abu Bakar Mohamed. Boleh dikatakan persahabatan itu sering bermain dalam memori ingatan saya apabila Babah pernah membawa kami sekeluarga mengunjungi kediaman tokoh ulama itu di Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh sekitar 1990-an. Malah…