Dua langkah jimat wang kerajaan - Utusan Malaysia

Dua langkah jimat wang kerajaan

PEGAWAI polis tetap bersara dan jarang disambung kontrak walaupun mereka berpengalaman. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETIKA ini Malaysia menghadapi bencana kesihatan akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan perbelanjaan negara semakin meningkat termasuk bagi membeli vaksin.

Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kali ini, kerajaan membelanjakan kira-kira RM5 bilion hanya untuk memastikan negara kita dapat membentuk imuniti kelompok menjelang 2022.

Justeru, saya ingin mencadangkan kepada pihak berkaitan dua langkah yang boleh menjimatkan perbelanjaan negara.

Pertama, dihentikan lantikan kontrak bagi kakitangan yang bersara wajib. Ini kerana mereka akan mempunyai dua gaji iaitu gaji pencen dan gaji kontrak.

Sebagai contoh, pensyarah atau pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) gred 54 yang telah bersara wajib kemudian diberi pula jawatan kontrak.

Ia bukan sahaja menghalang pekerja lain untuk naik pangkat tetapi mereka juga dinafikan untuk memegang sesuatu jawatan.

Jika seseorang itu pensyarah, maka mereka hanya perlu diberi jawatan sambilan dan mengajar mengikut jumlah jam.

Pihak berkaitan seharusnya melihat bagaimana pegawai polis dan tentera tetap bersara walaupun berpengalaman dan tempatnya diisi oleh individu lain. Mereka tidak pula diberi jawatan kontrak kerana ia akan menghalang pegawai lain untuk naik pangkat.

Kedua, kakitangan kerajaan diwajibkan berkursus tujuh hari setahun. Jika cukup tujuh hari, mereka sepatutnya tidak lagi diarahkan untuk terus pergi berkursus.

Apa yang sering terjadi ialah kakitangan akan berkursus sehingga hujung tahun dan jumlah hari kadangkala melebihi 20 hari.

Menghadiri kursus berlebihan akan menyebabkan perbelanjaan terus meningkat sedangkan telah cukup jumlah wajib berkursus.

A. BAKAR MOHD.
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya