SEJAK kebelakangan ini, banyak sekali suara yang marah kepada kerajaan kerana kononnya gagal mengawal situasi pandemik Covid-19 sehinggakan jumlah kes positif harian melebihi 8,000 dilaporkan setakat semalam. Begitu juga kes di unit rawatan rapi (ICU) semakin meningkat. Ekoran itu, maka timbullah tanda pagar (hashtag) kasar mendakwa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara tetapi tidak berani mengambil langkah yang tegas seperti penutupan penuh (total lockdown) kepada semua sektor kehidupan.…










