Krisis Asia Barat: Public Bank tawar bantuan bayaran balik pinjaman

Krisis Asia Barat: Public Bank tawar bantuan bayaran balik pinjaman

TAY AH LEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Public Bank dan Public Islamic Bank (Public Bank) menawarkan bantuan bayaran balik untuk pelanggan pinjaman dan pembiayaan yang terjejas oleh ketidaktentuan yang berterusan di Asia Barat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata: “Memandangkan ketidaktentuan yang berterusan, Public Bank memahami cabaran kewangan boleh memberi kesan kepada individu dan perniagaan dalam pelbagai aspek sepanjang tempoh ini.

“Oleh itu, Public Bank terus fokus untuk berhubung rapat dengan pelanggan bagi memahami keperluan mereka dan menawarkan bantuan yang bersesuaian.”

Para pelanggan yang terjejas boleh memohon untuk penjadualan semula/penstrukturan semula pinjaman/pembiayaan. Bantuan bayaran balik ini diterima pakai kepada kemudahan pinjaman dan pembiayaan untuk pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas. 

Para pelanggan yang ingin memohon bantuan bayaran balik atau memerlukan maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan Public Bank kami atau hubungi talian am Kmelalui 03-21708000. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×