SEBANYAK RM1.35 bilion! Inilah nilai yang telah kerajaan negeri Pahang belanjakan menerusi Yayasan Pahang (YP), demi pendidikan anak negeri sejak 1983 hinggalah sekarang. Seramai 1.74 juta pelajar kesemuanya tanpa mengira latar kaum, agama mahupun pegangan fahaman politik keluarga mendapat manfaat daripada perbelanjaan yang besar ini. Bagi tiga tahun terakhir iaitu 2020, 2019 dan 2018 di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, nilai perbelanjaannya ialah RM191.7 juta,…










