Ulama tersohor tasawuf, al-Imam al-Ghazali pernah memberikan formula dalam mencari malam al-qadr kepada umat Islam. Menurut beliau, jika kita mula puasa Ramadan pada hari Isnin, ada kemungkinan lailatulqadar berlaku pada malam 21 Ramadan. Tahun ini 1442 Hijrah, kita menyambut Ramadan pada Selasa iaitu bersamaan 13 April. Formula Imam Ghazali menyebut, jika mula puasa pada Selasa, maka mengikut pengalaman beliau, lailatulqadar jatuh pada malam 27 Ramadan iaitu esok, Sabtu. Sememangnya, tarikh sebenar malam al-qadr dirahsiakan oleh Allah SWT. Ia supaya umat Nabi Muhammad SAW berusaha mencarinya dengan melakukan pelbagai amal ibadat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya