Isu pendidikan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kembali hangat. Kali ini ia berupa pertelingkahan sesama etnik Cina melalui dua parti politik mereka. Ia ekoran kenyataan satu parti yang menuduh satu parti lain. Sehubungan itu, parti yang didakwa bukan sahaja tidak membantah, tetapi ikut menyokong sukatan pelajaran asal sebanyak enam halaman dan yang bersifat wajib, diselar yang satu lagi sebagai sanggup meletakkan SJKC dalam keadaan berbahaya. Sebagai tindak…










