AKHIRNYA pada Jumaat lalu, Zionis Israel mengangkat bendera putih apabila setuju gencatan senjata selepas 11 hari gagal menundukkan pejuang Hamas. Usul gencatan senjata datang daripada Amerika Syarikat (AS) sekali gus memaksa Zionis Israel menghentikan keganasan di wilayah Gaza. AS menjadi pemain utama dalam setiap siri keganasan di Palestin. Israel menjadi proksi AS mengawal kepentingannya di dunia Arab sekali gus mendominasi geopolitik Asia Barat dalam gagasan penstrukturan politik kawalan. Tindak balas…










