Hari ini kita sudah berada dalam 11 Ramadan iaitu 10 kedua bulan yang penuh keberkatan. Syabas kepada mereka yang istiqamah melakukan pelbagai ibadat baik yang fardu atau yang sunat. Istimewanya Ramadan adalah selain kefarduan puasa ia disertai oleh ibadat solat sunat tarawih. Ibadat puasa pula amat istimewa kerana pahalanya diberikan langsung oleh Allah SWT. Ia berdasarkan hadis: Setiap amal anak Adam akan digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa, sesungguhnya ia milik Aku, dan Aku yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya