Masih berharap kerjasama UMNO-Bersatu - Utusan Malaysia

Masih berharap kerjasama UMNO-Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMETIK surat pembaca ruangan Forum bertajuk Bersatu perlu serah jawatan utama kerajaan oleh Alcmaeon Aeneas yang disiarkan pada 14 April lalu, saya berasa hairan kerana masih wujud golongan yang terlupa bahawa UMNO merupakan parti politik yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Inilah akibatnya jika terlalu lama memegang kuasa sehingga mempunyai ego diri yang tinggi.

Menteri dari UMNO dapat kembali menggangotai Kabinet setelah runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun lepas tanpa perlu menunggu mandat PRU-14 selama lima tahun berakhir.

Tidak boleh salahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika pemimpin UMNO tidak ramai yang dilantik memegang jawatan utama kerana ramai pemimpin parti itu sedang berdepan kes mahkamah. Kenapa tidak timbulkan soal jawatan ketika rundingan untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN)?

Bagaimanapun, saya masih mengharapkan UMNO dan Bersatu kembali menjalinkan kerjasama. Buang yang keruh dan ambil yang jernih demi mengekalkan kuasa politik Melayu selepas PRU-15 nanti.

PEMERHATI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.