Sejak hampir setahun lalu, kita sudah membiasakan diri memakai pelitup muka demi keselamatan diri. Tanpa disedari, pemakaian pelitup muka memberi kesan terhadap komunikasi interpersonal di tempat awam. Sekiranya kita meneliti teori-teori komunikasi, memang dinyatakan kepentingan aspek bukan lisan (non-verbal) dalam menjayakan interaksi kita semasa berbual dengan orang lain. Sama ada disedari atau tidak, kita akan memandang muka individu yang diajak berbual. Hal ini bukan hanya semasa berbual secara bersemuka tetapi…










