BULAN Rejab mempunyai keistimewaan khusus kerana termasuk dalam bulan yang diharamkan berperang sejak zaman jahiliah (sebelum kedatangan Islam) lagi. Malahan Rejab menjadi bulan persediaan awal dalam pemanasan badan sebelum kita menjejak bulan Ramadan yang menjadi kewajipan kepada semua umat Islam berpuasa. Proses pemanasan badan ini termasuklah berpuasa, memperbanyakkan amalan sunat, tilawah al-Quran dan bersedekah. Amalan-amalan ini penting sebagai proses membersihkan diri dan jiwa sebelum menjejak bulan Ramadan. Walaupun tidak dikhususkan…










