Hantu turut kuasai Malaysia? - Utusan Malaysia

Hantu turut kuasai Malaysia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TELEVISYEN yang bersiaran dari petang hingga malam tidak terkecuali menyiarkan drama yang ada kaitan dengan pelbagai jenis hantu.

Mengikut satu laporan, di Malaysia sudah ada lebih 27 jenis hantu yang tanpa henti menjalankan aktiviti menghasut. Antaranya pontianak, polong, toyol, pelesit, hantu raya, hantu kum-kum, hantu tetek, hantu kopek dan jembalang tanah.

Pada November lalu, penduduk daerah Sabak Bernam, Selangor turut dilanda ketakutan susulan gangguan ketukan pintu misteri yang dipercayai angkara hantu.
Semua hantu yang dikategorikan sebagai jin, iblis dan syaitan itu diceritakan begitu pandai dan aktif mengikut cara tersendiri bagi memperdaya manusia.

Dalam pada itu, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), semua jenis ‘makhluk halus’ itu mula bergerak dari kampung ke kampung untuk melaga-lagakan semua pemimpin tempatan mewakili tiga parti politik Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebahagian besar daripada pemimpin politik sekarang, ada antaranya ‘makhluk halus’ telah pun menguasai dengan berada di dalam badan masing-masing.

Ada antara mereka didapati berada dalam keadaan tenang dan ceria sahaja tetapi sesetengahnya sentiasa resah dan gelisah, tidak kira waktu siang atau malam.

Individu yang dikuasai ‘makhluk halus’ itu didapati pandai bercakap merapu tanpa garis panduan agama terutama hal-hal berkaitan politik, semata-mata untuk menang PRU-15. Bila menang, mereka buat kerja pun tidak sehebat mana.

Bila orang politik dikuasai oleh ‘makhluk halus’, mereka tidak boleh lagi dikategori sebagai pemimpin hebat.

ABD. RAZAK OSMAN
Sungai Petani, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.