Dewasa ini, kafe semakin rancak tumbuh di Terengganu. Bermula daripada pembinaan kafe-kafe generasi awal seperti Qawa dan Star Anise, sehinggalah munculnya kafe-kafe generasi baharu. Antaranya Hidden Café, Nusuk Café, Octagon, Mek Awang, Kofi.trg, Cantek Sekali, Bonne Bouche, Goodman Coffee, Kopimesin, HOMS, Ikon Café dan ZS Coffee. Di samping berlumba-lumba menapakkan premis masing-masing serta merebut perhatian dan selera masyarakat tempatan, kewujudan kafe-kafe tersebut secara tidak langsung menambahkan third place atau tempat…










