SEJARAH terlakar pada 24 Februari lalu apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Covid-19. Negara turut menyaksikan pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan fasa pertamanya bermula pada tarikh berkenaan sehingga April ini. Pelaksanaan program imunisasi bertujuan membendung penularan pandemik dan memelihara kesejahteraan kehidupan rakyat. Impak buruk yang dibawa pandemik kepada dunia umumnya dan negara ini khususnya sejak lebih setahun lalu dapat…










