Aurat bukan sekadar tutup kepala - Utusan Malaysia

Aurat bukan sekadar tutup kepala

WANITA Islam wajib menutup aurat dengan sempurna seperti dituntut agama. - GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAMAI dalam kalangan wanita Islam agak terkeliru atau terlepas pandang tentang cara berpakaian sebenar sebagaimana dituntut oleh agama itu.

Pada anggapan mereka, asalkan menutup kepala dan rambut dengan tudung, sudah dikira telah menunaikan kewajipan sebagai seorang wanita Islam tanpa menghiraukan bahagian-bahagian lain anggota badan yang dibiarkan terdedah.

Wanita Islam bertudung dengan tidak menampakkan sehelai pun rambut tetapi lengan dan kaki terdedah dapat dilihat di mana-mana. Ada juga perempuan bertudung tetapi memakai seluar dan baju sendat yang menampakkan bentuk tubuh. Fenomena ini telah menjadi trend berpakaian wanita Islam ketika ini.

Patuhilah segala garis panduan yang Allah SWT tetapkan dalam al-Quran mengenai cara-cara yang betul menutup aurat. Ia wajib dituruti tanpa sedikit pun mengubah atau membuat andaian sendiri tentang aurat wanita yang sebenarnya.

Perlu ambil ingatan bahawa ayat al-Quran berhubung perkara itu dimulakan dengan ungkapan ‘perempuan-perempuan yang beriman’.

Pilihlah perlakuan yang diredai Allah agar kita terselamat daripada fitnah dunia dan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak jika benar-benar kita mengaku beriman.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Ampangan, Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.