fbpx

6 Mac 2021, 2:34 pm

  TERKINI

Teruskan bekerja dari rumah

BEKERJA dari rumah akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN setelah pandemik Covid-19 reda, beberapa amalan positif yang telah berjaya disuburkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewajarnya diteruskan.

Selain amalan memakai pelitup muka, mencuci tangan dan sesi pembelajaran dalam talian, amalan bekerja dari rumah (BDR) juga harus diteruskan. Ia berpotensi mempercepatkan perubahan ke arah budaya kerja lebih cekap dan pada masa sama memastikan hubungan kekeluargaan semakin erat.

Sebagai langkah awal, jabatan kerajaan dan majikan swasta diharap dapat mengekalkan peraturan maksimum 30 peratus bekerja di pejabat merangkumi pekerja di peringkat pengurusan dan profesional.

Pelaksanaan PKP membuktikan operasi jabatan kerajaan dan sektor swasta masih boleh berjalan dengan lancar walau dengan kehadiran kelompok pekerja pada peratusan yang terhad.

Pelarasan tugas dari semasa ke semasa seterusnya akan menyesuaikan budaya kerja baharu ini dengan keperluan produktiviti sektor awam dan swasta tanpa perlu mengorbankan mana-mana satu daripadanya.

Bagi kelompok pekerja di peringkat operasi pula, perkembangan teknologi pengeluaran yang pantas akan secara berdikit membantu mengurangkan penglibatan manusia di peringkat pengeluaran di tempat kerja, sekali gus merealisasikan pelaksanaan BDR golongan ini.

Pelaksanaan BDR akan menjimatkan banyak kos pekerja termasuk dari segi pengangkutan dan yuran taska anak-anak. Jadi, majikan boleh memotong tidak lebih daripada 15 peratus gaji kakitangan.

Namun, ia hanya boleh dilakukan jika kerajaan dapat mengarahkan bank mengurangkan bayaran bulanan pinjaman pekerja ke satu tahap yang munasabah berdasarkan pendapatan semasa mereka.

Selain itu, bagi menyokong pelaksanaan cadangan ini, pindaan ke atas akta-akta berkaitan pekerjaan perlulah dibuat.

ALCMAEON AENEAS
Bangsar, Kuala Lumpur

BERITA BERKAITAN