Kesal perniagaan gajet dikuasai warga asing - Utusan Malaysia

Kesal perniagaan gajet dikuasai warga asing

Warga asing bebas berniaga barangan telekomunikasi digital walaupun larangan tersebut dikuatkuasakan. – GAMBAR HIASAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyenaraikan 23 jenis aktiviti perniagaan yang dilarang dikendalikan syarikat dan warga asing. Antaranya perniagaan runcit komputer dan aksesori.

Namun, kita dapat lihat ramai warga asing terlibat dalam perniagaan telekomunikasi digital seperti telefon pintar dan komputer riba. Warga asing dari Bangladesh dan Pakistan bebas berniaga di Plaza Low Yat, Plaza Imbi dan beberapa pusat beli belah lain di ibu negara.

Malah isu ini telah banyak kali dilaporkan oleh media tetapi perniagaan mereka semakin berkembang hingga
mampu membuka premis di negeri-negeri lain.

Justeru, pihak berkuasa tempatan seperti DBKL perlu mengambil berat isu penguasaan warga asing. Apa guna buat peraturan jika tidak dikuatkuasakan dengan tegas?

Perniagaan tersebut dilihat seperti dimonopoli oleh warga asing sehingga peniaga tempatan terpaksa bersaing dengan mereka yang sudah mula berniaga komputer riba dan telefon pintar melalui platform e-dagang.

Usahkan peniaga bumiputera yang baru nak bertatih, peniaga Cina juga terpaksa gulung tikar akibat persaingan yang terlalu kuat.

Pada masa sama, Jabatan Imigresen perlu bertindak tegas dengan menghantar pulang warga asing yang menyalahguna pas kerja dan pelajar untuk berniaga.

PEMERHATI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.