Kaji punca pelabur ‘lari’ ke Indonesia - Utusan Malaysia

Kaji punca pelabur ‘lari’ ke Indonesia

SYARIKAT dari Korea Selatan, Hyundai akan memindahkan ibu pejabat Asia Pasifik dan pusat latihan di Malaysia yang dibuka pada 2015 ke Indonesia pada tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN Malaysia terkenal sebagai negara yang memiliki kos terendah bagi menjalankan perniagaan di Asia Tenggara, landskap politik negara yang tidak menentu menghalang syarikat teknologi besar untuk membina ibu pejabat serantau di negara ini.

Contohnya, Apple dan Samsung memilih Vietnam untuk kilang pembuatannya manakala Amazon akan membina tiga pusat data di Jawa Barat, Indonesia pada akhir 2021 dan awal 2022.

Walaupun kenderaan generasi baharu (NxGV), kenderaan hubung kait automatik dan berautonomi (AACV) dan kenderaan cekap tenaga (EEV) termasuk dalam Dasar Automotif Negara (NAP) 2020, banyak syarikat automotif berhenti melabur dalam projek berkenaan kerana kurang sokongan daripada kerajaan yang sedang menghadapi kemelut politik.

Sementara itu, komitmen pemerintah Indonesia dalam mempromosikan kenderaan elektrik menyebabkan Hyundai memutuskan memindahkan ibu pejabat Asia Pasifik dan pusat latihannya dari Malaysia ke Indonesia selewat-lewatnya penghujung tahun ini. Ini adalah contoh terbaharu.

Sebelum ini, penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab yang diasaskan rakyat Malaysia, memindahkan ibu pejabat mereka ke Singapura kerana ekosistem syarikat pemula yang lebih mapan di republik itu berbanding negara ini.

Situasi ini menunjukkan kemelut politik secara berterusan memberikan impak negatif terhadap pelaburan.

JAMARI MOHTAR & AMANDA YEO
Penyelidik di EMIR Research

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.