Batalkan sahaja ECRL demi kestabilan negara - Utusan Malaysia

Batalkan sahaja ECRL demi kestabilan negara

Projek pembinaan Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) perlu dibatalkan demi memastikan kelangsungan kestabilan dan mengekalkan kawasan hutan. – GAMBAR UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Keputusan pembatalan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) menjadi pembuka tirai 2021. Namun, berita ini tidak mengejutkan kerana terdapat banyak bukti kukuh menyebabkan projek itu tidak dapat diteruskan.

Begitu juga projek mega Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang banyak kesulitan dan perlu dibatalkan.

Pelaksanaan ECRL akan menyebabkan pembukaan hutan bagi menyediakan landasan keretapi. Ini tentunya mengakibatkan kemusnahan flora dan fauna secara besar-besaran. Pembukaan boleh menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh berlaku.

Bermula awal kemerdekaan negara, banyak kawasan hutan dimusnahkan bagi membuka tanah rancangan dan infrastruktur. Ini tidak termasuk pembalakan haram yang memburukkan lagi keadaan.

Dalam melaksanakan projek ECRL, banyak tanah milik penduduk diambil oleh kerajaan. Terdapat pemilik tanah yang belum menerima pampasan. Terdapat pemilik yang tidak mengetahui tanah mereka telah diambil. Mereka cuma menyedarinya apabila terdapat kerja-kerja pembinaan dilakukan di atas tanah tersebut.

Kos pembinaan ECRL terlalu tinggi iaitu RM62 bilion. Ini akan memberi kesan buruk terhadap kewangan negara yang sudah sedia tenat. Jika projek ini tetap mahu diteruskan ia akan menyebabkan kadar keberhutangan negara yang terlalu tinggi.

Penduduk di sepanjang laluan ECRL juga tidak memerlukan projek ini. Mereka berpendapat, mod pengangkutan sedia ada sudah memadai.

Keputusan yang tepat perlu diambil oleh kerajaan. Ini penting bagi memastikan kelangsungan kestabilan negara.

PENGGUNA LEBUH RAYA
Nenasi, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya