2020: Air hantui rakyat Selangor - Utusan Malaysia

2020: Air hantui rakyat Selangor

TANGKI kecemasan dicadang diwujudkan di setiap sembilan daerah di Selangor bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku. – GAMBAR HIASAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHUN 2020 bukan sahaja diselubungi isu pandemik Covid-19, malahan di Selangor terdapat satu isu yang begitu menghantui penduduknya iaitu gangguan bekalan air.

Hinggakan orang dari negeri-negeri lain menjadikan masalah tersebut sebagai bahan jenaka. Antara gurauan itu ialah syarat meminang gadis Selangor perlu menyediakan tujuh tempayan air bersih sebagai hantaran.

Walaupun ia sekadar gurauan, jauh dari sudut hati membentak juga apabila tinggal di negeri serba maju ini tetapi air memanjang tiada.

Bagi memastikan bekalan air terjamin di peringkat huluan, tangki kecemasan dicadang diwujudkan di setiap sembilan daerah di negeri ini. Projek tangki air rakyat boleh diwujudkan di kawasan tanah milik kerajaan negeri dan dilaksana dengan peruntukan khas. Tidaklah nanti bak kata kiasan, sudah nak terberak, baru nak mengorek lubang.

Setiap idea untuk memastikan masalah bekalan air terus terpelihara perlu diperhalusi, bukan setakat memindah kilang haram dari tepi sungai tetapi hingga saat ini pencemaran tetap berlaku.

Tepuk dada tanya selera, sama ada kita hendak berharap air ihsan dari negeri-negeri lain atau kerajaan Selangor sendiri yang menyediakan air bersih sebagai stok rakyat di setiap daerah bagi mengatasi pencemaran sumber air.

Biarlah 2020 dikenang kerana pandemik Covid-19, jangan isu air tergendala terus mewarnai 2021. Letih bai!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN