KISAH penumpang kali ini berkaitan isu semasa iaitu pengeluaran duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Sinar. Ramai tak sabar-sabar nak memohon pengeluaran i-Sinar termasuk seorang kakak yang menaiki Grab saya dari Cheras menuju ke Ampang ini. Dia yang saya agak dalam pertengahan usia ini, memang ramah-tamah. Tak berhenti bercakap sebaik saja punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi belakang. “Kau dah lama bawa Grab ke dik,” soalnya terus kepada saya. Lama…