Badan besar, duduk belakanglah! - Utusan Malaysia

Badan besar, duduk belakanglah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERAH padam muka Siti tatkala datang berjumpa saya untuk minum kopi. Nampak wajah sedang marah tapi masih dikawal.
“Kau kenapa muka macam nak makan orang saja ini?” Tanya saya tak beralas. Bila dah kenal lama puluhan tahun, memang kami cakap lepas saja. Masing-masing tak ambil hati.
“Sakit hati aku dengan rider tadi, Kin. Rasa nak tinggal tepi jalan,” kata Siti.
Tergelak saya kejap. Sambil hirup kopi panas, saya suakan ais kosong yang belum diminum kepada Siti.
“Minum ini dulu, bagi sejuk hati kau. Nanti jadi naga payah pula nak simbah air,” saya mengusik sambil tertawa.
Saya minta Siti ceritakan apa yang membuatkan dia ‘naik hantu’ petang itu.
Kata Siti, dia membawa dua penumpang Nigeria dari Shah Alam ke Berjaya Time Square. Seronok sekejap kerana jarak perjalanan jauh dan kadar tambang pun tinggi.
“Mula-mula seronok, kemudian jadi tak seronok. Sebabnya, salah seorang ni duduk depan, seorang duduk belakang.
“Aku minta secara baik yang depan ini duduk belakang. Dia tak mahu dan bertegas hendak duduk depan juga,” kata Siti.
Untuk pengetahuan semua, ketika ini Grab memberi kebenaran kepada pemandu untuk membawa penumpang dalam kapasiti penuh mengikut jenis kenderaan. Justeru, penumpang dibolehkan untuk duduk di hadapan sebelah pemandu.
“Kau tahulah kereta Honda Jazz aku ini bukan besar. Yang duduk depan itu ‘bagak gila’. Besar saiznya!
“Aku hendak paksa dia duduk belakang, kau tahulah nak bertengkar dengan bangsa ini memang letihlah. Nak tak nak aku biarkan saja.
“Tapi kau bayangkan dia punya besar, penuh kerusi aku itu.
“Hendak masuk gear pun terasa paha dia. Eiii…dah la pakai seluar pendek, geli aku,” kata Siti dengan wajah bengang.
“Habis itu, tak sembang apa-apakah dengan dia orang?” Tanya aku.
“Tak kuasa aku. Aku pecut bawa laju-laju. Dahlah yang depan itu pakai perfume punyalah kuat, sakit hidung aku.
“Kau tahu apa aku buat? Aku halakan aircond ke muka dia. Biar sejuk sikit. Aku nak suruh dia orang tidur. Memang betul tidurlah sepanjang jalan itu.
“Yang kelakarnya, bila dekat nak turun, penumpang depan itu cakap aircond aku kuat sangat dan dia sejuk.
“Rasakanlah. Aku suruh duduk belakang tak hendak. Siapa suruh duduk depan.
“Tapi bila berhenti kereta, tangan aku masih tersentuh paha dia…benci betul,” kata Siti.
Terkekeh-kekeh aku ketawa melihat gelagat lucu Siti. Tak dapat dibayangkan kalau penumpang besar itu naik kereta Axia aku dan duduk depan.
Besar manalah Axia itu nak memenuhkan orang bersaiz besar? Aghh… tidak!! – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya