Sokong khidmat jagaan selepas waktu sekolah - Utusan Malaysia

Sokong khidmat jagaan selepas waktu sekolah

Cadangan taska dan tadika untuk menyediakan khidmat penjagaan selepas waktu persekolahan memerlukan SOP yang teliti agar penularan pandemik Covid-19 dapat dikekang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT banyak rungutan dalam kalangan ibu bapa yang mengalami kekangan untuk menghantar anak ke rumah pengasuh sejak penularan pandemik Covid-19.

Ini kerana taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) berdaftar tidak dibenarkan beroperasi ketika jumlah pesakit meningkat naik di sesuatu kawasan.

Malah terdapat ibu bapa yang menzahirkan kerisauan terutama dari segi keselamatan dan kesihatan apabila menghantar anak-anak ke taska.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah baru-baru ini menyarankan taska dan tadika di negeri tersebut menyediakan khidmat penjagaan selepas waktu persekolahan, jika ada permintaan daripada ibu bapa.

Ini ekoran pihaknya menerima permintaan daripada ibu bapa yang bekerja berhubung perkara itu.

Bagi pandangan saya, langkah itu wajar diperluaskan ke seluruh negara memandangkan ia merupakan masalah utama bagi ibu bapa yang bekerja selain sekiranya perkara itu dilaksanakan dapat menjimatkan perbelanjaan kerana tidak lagi perlu membayar untuk dua perkhidmatan iaitu tadika dan taska.

Pun begitu, operasi perkhidmatan tersebut perlu sentiasa dipantau oleh kerajaan terutama dari segi kebersihan, kesihatan, aktiviti, keselamatan dan makanan kerana ibu bapa akan meninggalkan anak di bawah jagaan guru dalam tempoh masa yang lama.

Malah dalam keadaan pandemik yang masih belum reda, maka memerlukan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat agar dapat mengekang penularan Covid-19 di tadika atau taska.

Melalui cara ini juga, kerajaan dapat membantu memastikan taska dan tadika terus beroperasi dan tidak terjejas dengan pandemik tersebut, selain memberi pendapatan tambahan buat guru dan penyedia taska dan tadika kerana ibu bapa harus membayar lebih bagi penjagaan selepas waktu persekolahan.

ADRA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya