KEBELAKANGAN ini, ramai mula berkongsikan gambar-gambar keindahan kawasan pelancongan di sekitar Perlis di laman-laman sosial. Ada sahaja tarikan baharu yang dikongsikan orang ramai khususnya di Facebook dan Instagram, sekali gus membuatkan ramai rasa tertarik untuk berkunjung ke lokasi-lokasi tersebut. Pada cuti hujung minggu pula, kesesakan lalu lintas boleh dilihat sehingga beberapa kilometer terutama di Timah Tasoh yang menyediakan pelbagai tarikan baharu cukup menarik. Jika dahulu, kawasan pelancongan di negeri ini…