Ramai ambil ringan kerusi keselamatan kanak-kanak - Utusan Malaysia

Ramai ambil ringan kerusi keselamatan kanak-kanak

PENGGUNAAN kerusi keselamatan ketika pemanduan dapat mengurangkan risiko cedera parah akibat kemalangan. – GAMBAR HIASAN/SUMBER INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGGUNAAN kerusi keselamatan kanak-kanak yang diwajibkan pernah menjadi perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga undang-undang tersebut dipertikaikan.

Ada menyokong dan tidak kurang pula membantah dengan pelbagai alasan seperti kurang berkemampuan, kereta kecil serta memiliki jumlah anak yang banyak.

Mengikut statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak sepanjang tempoh 10 tahun bermula 2007.

Pada pandangan peribadi saya, undang-undang tersebut merupakan antara kebijaksanaan kerajaan yang berjaya melihat sisi buruk kemalangan melibatkan kanak-kanak. Namun, sayangnya undang-undang itu seperti tidak dilakukan secara menyeluruh.

Masih banyak ibu bapa tidak memasang kerusi keselamatan tanpa rasa risau tentang keselamatan anak.

Tidakkah mereka sebagai ibu bapa mengambil pengajaran daripada kemalangan yang pernah berlaku? Adakah kejadian itu tidak merubah corak pemikiran mereka untuk mengutamakan keselamatan anak?

Oleh itu, saya berharap undang-undang tersebut diperketat dan dikuatkuasakan semula demi mengelak perkara tidak diingini.

Pemakaian kerusi keselamatan merupakan langkah awal untuk melindungi kanak-kanak daripada kecederaan parah jika berlaku kemalangan di jalan raya.

Ingatlah, malag tidak berbau walaupun ibu bapa memandu dengan cukup berhemah. Justeru, utamakan keselamatan anak-anak ketika memandu.

FITRIAH
Kepong, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.