PENULISAN kali ini memfokuskan tentang warga Rusia pertama menjejakkan kaki ke Tanah Melayu, iaitu Miklouho-Maclay Nikolai Nikolaevich (1846-1888). Ia berdasarkan pengkajian cicit saudara kepada Maclay, Nickolay Nikolaevich Miklouho-Maclay. Menarik bukan apabila kita disajikan dengan pengkajian daripada ahli keluarganya sendiri? Cicit saudara penjejak Rusia pertama di Tanah Melayu ini lahir pada 1973 di Leningrad (kini Saint-Petersburg). Pada hujung 2016, beliau mengasaskan Yayasan Miklouho-Maclay bagi menjaga warisan etnobudaya. Misi persatuan ini ialah…