Henti eksport pasir ke China - Utusan Malaysia

Henti eksport pasir ke China

KERAJAAN harus bertindak segera bagi mengelak berjuta-juta tan pasir sungai kita dieksport ke China. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, terdapat laporan sebuah syarikat swasta tempatan akan melombong dan mengeksport 50,000 tan pasir sungai setiap bulan ke China menjelang akhir tahun ini.

Terdapat pelbagai kajian sains dijalankan di seluruh dunia mengenai kesan buruk perlombongan pasir ke atas struktur ekologi termasuk kepupusan habitat dan kemerosotan mutu alam sekitar.

Perubahan itu berlaku dengan pantas dan sukar untuk dipulihkan.

Perlombongan pasir akan memusnahkan habitat dan tempat pembiakan haiwan, menjejaskan tanah lembap selain menyebabkan pencemaran dan banjir. Ia turut dikaitkan dengan gelongsoran tanah dan hakisan pantai dengan lebih cepat melalui pengurangan mendapan yang dihanyutkan oleh sungai ke kawasan pesisir pantai.

Perlombongan pasir turut dikaitkan dengan penurunan paras air bawah permukaan bumi dan penenggelaman tanah. Kesan seumpamanya jelas dapat dilihat dalam kes pembinaan ruang bawah tanah Prangin Mall di Pulau Pinang pada 1997.

Berdasarkan anggaran, syarikat itu akan mengeksport antara lima hingga lapan juta tan pasir sungai setahun dengan kontrak selama 15 tahun yang bermakna 120 juta tan pasir akan dipindahkan ke luar negara dalam tempoh tersebut.

Justeru, kerajaan perlu membatalkan pemberian permit untuk melombong pasir kepada syarikat terbabit bagi mengelak berjuta-juta tan pasir sungai kita dieksport ke luar negara.

MOHIDEEN ABDUL KADER
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya