Laporan media tempatan minggu lalu mengenai tindakan undang-undang yang difailkan oleh Christina Caroline Gerarda Johanna Verstappen, 56, iaitu ibu kepada Ivana Esther Robert Smit, warga Belanda berusia 18 tahun yang mati dalam keadaan masih jadi tanda tanya sehingga kini, tidak mengejutkan saya. Ivana Smit ditemui mati pada 7 Disember 2017 dalam keadaan bogel di tingkat enam balkoni sebuah unit kondominium di Persiaran Capsquare Residences, Kuala Lumpur selepas terjatuh dari tingkat…










